Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat,Julia Ziegler seakan menyepi dari dunia lakonan. kemunculannya di sidang media teater Asmara Songsang memberi kesempatan kepada pihak media bertanyakan tentang perkembangan terkini heroin Jangan Tegur ini.
Jelas Julia, dia memilih untuk berehat seketika daripada lakonan kerana ingin mendapatkan ketenangan. Kini, dia sudah bersedia untuk kembali aktif seperti dahulu. Menurut Julia lagi, sepanjang tempoh percutian itu, dia banyak melancong serta sempat menunaikan umrah bersama ibunya. Bahkan, turut mengakui berasa agak tenang selepas menjalani ibadah umrah serta ingin menjauhi segala perkara negatif.
Diminta mengulas tentang penglibatannya dalam pementasan Asmara Songsang, Julia yang memegang watak Safika memberitahu dia akan menggunakan pengalaman berlakon dalam teater M!The Opera pada 2006 sebagai panduan. Jelasnya, dia masih menyimpan ilmu yang diajar oleh Azean Irdawaty suatu ketika dahulu.
“Pintu hati saya terbuka untuk menerimanya ketika menjalani ibadah Umrah pada tahun lalu. Saya lihat dia bersungguh-sungguh dan meminta saya memberikannya peluang. Alhamdulillah kini saya bahagia bersamanya,” ujar Julia berterus-terang.
"Dia seorang lelaki yang baik. Dia boleh menerima baik dan buruk saya. Oleh kerana kami sudah lama berkawan, jadi dia juga memahami keluarga saya. Bagaimanapun, kami belum lagi memikirkan tentang perkahwinan memandangkan hubungan kami belum menjangkau setahun," ujar Julia lagi.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar