Mrs Malaysia Universe Carol Lee mencipta sejarah apabila beliau dinobatkan sebagai Mrs Universe 2013, menjadikan beliau sebagai rakyat Asia pertama yang memenangi pertandingan ratu antarabangsa.
Lee, 39, menerima mahkota pada pertandingan akhir pada 11 Ogos di The Westin Aruba Resort di Palm Beach, Caribbean.
Penyampai berita dan bekas hos program bual bicara itu menewaskan 32 peserta di seluruh dunia yang bersaing bagi merangkul gelaran itu, serta turut mendapa gelaran "Mrs Popularity".
Lee mendapat 88,649 undi dalam pertandingan yang diundi secara online oleh peminat, yang hampir disaingi oleh Mrs Amerika Syarikat, Amanda Grad yang mendapat 88,556 undi.
Beliau menghabiskan masa selama 10 bulan untuk menyediakan persiapan dari segi fizikal dan mental untuk pertandingan itu.
Tema dan inisiatif untuk pertandingan itu pada tahun ini telah Hentikan Keganasan Dalam Negara, yang memperlihatkan perjuangan Lee dalam kempen di seluruh negara untuk membantu badan-badan bukan kerajaan dalam usaha memerangi keganasan rumah tangga terhadap wanita.
Selain menjadi penceramah dan pengacara majlis, Lee juga mengendalikan Starz Studio, sebuah pusat pembangunan pembelajaran untuk kanak-kanak.
Pada pertandingan ratu itu, Lee memakai pakaian yang direka oleh pereka fesyen Malaysia, Carven Ong yang menerima anugerah Asian Top Designer of the Year pada 2009.
Salah satu ciptaan yang ketara Ong merupakan pakaian kebangsaan Lee yang memaparkan bunga raya yang besar di bahagian bahu.
-mStar
0 komentar:
Posting Komentar