Minggu, 16 Februari 2014

30 4 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 10 Pagi


YAN – Sebanyak 30.4 peratus atau 4,210 orang daripada 27,222 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau telah mengundi bagi pilihan raya kecil DUN itu sehingga 10 pagi ini.

Daripada keseluruhan pemilih berdaftar di Sungai Limau, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 antusias posting