Luqman, abang Farahdiya yang dikaitkan sebagai teman lelaki Norish Karman sebelum ini |
Norish Karman dalam temubual bersama Murai.com ketika sidang media "Kahwin 5" yang berlangsung di Cathay Cineplex semalam. Norish karman berkata,
"Saya tidak akan sebut siapa nama bapanya kerana anak saya itu tidak akan lagi dibenarkan berjumpa dengan bapa kandungnya. Semasa saya hamil dan melahirkannya, bapanya ada datang melawat saya dan bayi saya, namun bapanya sendiri mengambil keputusan untuk memilih tidak bersama kami.
"Keputusan yang dia (bapa bayi tersebut) ambil membuatkan saya rasa lebih baik anak saya itu tidak berjumpa langsung dengan bapa kandungnya lagi,"
Norish Karman yang ditemui memberitahu bayinya itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapa kandungnya selepas tiga bulan dia dilahirkan.
"Haram dan halal itu hanya milik Allah. Kita sebagai umatnya tiada hak hendak menilai semua itu. Ini semua merupakan hal keluarga saya dan terlalu peribadi untuk dikongsi. Yang penting, anak saya punya bapa Cuma, bapanya yang mengambil keputusan untuk tidak bersama kami," jelasnya lagi.
Apa status anak itu tidak penting yang penting Norish Karman lebih baik daripada kes buang bayi dengan memilih untuk membesarkan anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain. Siapa kita untuk menghakimi beliau. Doakan yang terbaik saja untuk Norish ok?"Walaupun membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal, saya bangga dengan anak saya dan sayangkann dia sama seperti anak lain. Itu zuriat Allah yang berikan kepada saya dan kenapa saya hendak malu kerananya?"Saya bersyukur kerana punya keluarga , rakan dan peminat yang sentiasa menyokong saya dalam membesarkannya," luahnya lagi.
0 komentar:
Posting Komentar