Susulan daripada pelbagai spekulasi yang timbul berhubung sekeping foto yang dimuat naik oleh Farid Kamil bersama seorang bayi lelaki semalam, akhirnya segala kontroversi tersebut terjwab apabila David Teo mengesahkan bahawa bayi dalam gambar itu bukan anak Farid dan Diana.
Menurut David Teo, baru-baru ini dia ada melawat pelakon tersebut di kediamannya di Bandar Saujana Putra, dan pada ketika itu beliau ada bertanya kepada Farid soal perancangan pelakon itu dalam menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Ini kerana, kalau ikutkan tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya di Bandar Saujana Putra, seperti yang diketahui ramai Farid patah tulang bahu selepas terjatuh daripada motosikal baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, saya bertanya dia mengenai perancangannya menyambut anak sulung.
Saya juga ada bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia. – Ujar David Teo menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini.
0 komentar:
Posting Komentar