Selasa, 17 Desember 2013

Ibu mengaku tidak bersalah dera anak

Sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak mereka berumur lima tahun dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapat perintah sambung reman hari ini. - Foto Bernama

IPOH – Ibu kepada kanak-kanak lima tahun yang menjadi mangsa dera, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan mendera anak perempuannya di ruang tamu rumahnya di Taman Wang, Menglembu pada 12 Ogos lalu.

Tertuduh, Chooong Mee Chin, 30, yang berasal dari Menglembu membuat pengakuan itu setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Mee Chin didakwa telah menganiayai kanak-kanak itu dengan memukul kepala dan seluruh bahagian badan dengan menggunakan rotan.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Manakala dakwaan kedua dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan apabila tertuduh dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas kanak-kanak terbabit.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat supaya tertuduh dilarang mendekati mangsa.

Beliau turut memerintahkan tertuduh mendapat rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta selama sebulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 September depan.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 antusias posting