9 Okt 2013
Sebagai negara dengan penduduk teramai, China menerapkan peraturan bahawa setiap keluarga hanya diperbolehkan memiliki satu anak. Namun ini juga menjadi masalah bagi sebahagian besar warganya.
Salah satunya adalah seorang ibu bernama Liu Xinwen dan suaminya, Zhou Guoqiang. Mereka sebenarnya sedang menanti kehadiran anak kedua mereka. Liu Xinwen tengah hamil 6 bulan dan menanti dengan cemas akan kelahiran anaknya.
Ia tahu peraturan di negaranya bahawa satu anak untuk satu keluarga. Namun kehamilan ini juga bukan dirancang dan yang jelas, dia tak mungkin menggugurkan kandungannya. Begitupula sang suami yang berusaha melindungi isterinya.
Namun penantian itu akhirnya kandas jugak. Kehamilan Liu Xinwen tercium oleh pihak pemerintahan. Pada dini hari pukul 4 pagi, rumahnya dibuka paksa dan dia dibius untuk dipindahkan ke rumah sakit. Liu Xinwen dan suaminya tak boleh melawan kerana mereka dikerumuni oleh anggota keselamatan pemerintahan. Zhou bahkan sampai terduduk di sofa melihat isterinya yang ketakutan dibawa ke rumah sakit.
Sesampainya di rumah sakit, wanita 33 tahun itu disuntik ubat yang boleh membunuh janin dalam kandungannya. Kemudian janin itu diangkat dari perutnya. Selain sakit akibat dipaksa gugur , hatinya juga sakit kerana dia belum sempat bertemu dengan sang anak.
Zhou Guoqiang sampai di rumah sakit beberapa saat setelah isterinya dipaksa gugur. Ia langsung bertanya, "Apakah kau sudah disuntik?". Isterinya mengangguk. "Apakah bayi kita masih bergerak?" tanya Zhou lagi. Isterinya menggeleng sambil menjawab bahawa janinnya sudah tak banyak bergerak lagi. Zhou pun meninggalkan ruangan kerana tak ingin isterinya melihat dia menangis.
Dalam sebuah wawancara, Liu Xinwen tak dapat menahan tangis kepedihannya. "Anakku, maafkan kami. Kami tak bermaksud begini. Istirahatlah yang tenang di syurga. Kami akan mendoakanmu. Semoga kehidupanmu di masa depan lebih baik," ucapnya sambil terisak.
4 Oktober, menjadi hari yang paling kelam dalam kehidupan pasangan ini. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan.Ini peraturan yang paling kejam
Vemale.com
0 komentar:
Posting Komentar